Tupperware Bujang
mewariskan ilmu masakan ibu dari tupperware kepada anda....
Punya la susah..
Hidup kat KL ni punya la susah nak cari kuih yang sebijik cam mak buat.....nak tak nak terpaksa la call mak tanya resipi nak buat kuih itu kuih ini....cakap banyak pun tak guna meh kita sama-sama kongsi resipi kuih-muih ni..jom memerah air tangan puan-puan dan bakal-bakal puan....hehehe
Friday, February 15, 2013
Tuesday, August 7, 2012
Kuih Kastard Jagung
Kuih Kastard Jagung ni senang sangat buatnya...budak tadika pun boleh buat....
Bahan-Bahan.
1 Tin Jagung Manis.
1 Tin Susu Cair.
1 Cawan Gula.
500ml Air.
Cara-Cara Menyediakanya.
Kisar Jagung bersama susu cair dan Gula.
Masukkan Tepung Kastard Kacau Hingga Sebati
Kemudian Masak Adunan Dalam Kuali Atau Periuk Sehingga Berkilat.
Kemudian Masukkan Ke Dalam Loyang.
Tunggu Betul-Betul Sejuk Sebelum Dipotong.
Saturday, July 28, 2012
Pelik Sungguh Nama Kuih Orghe Klate ni...
BRONOK SAGU.
BAHAN-BAHAN
Sagu Mata Ikan...mata lembu tak jadi okey...
air secukupnya..
Pewarna (suka hati nak kaler apa)
Gula Pasir(ikut suka..kalo orghe klate sememangnya manis la semanis orangnya)
Daun Pandan
Kelapa Muda Parut
Garam
CARA-CARA MENYEDIAKANYA.
1. Cuci sagu dan masak bersama air, gula pasir, daun pandan, dan pewarna. kacau selalu sehingga pekat.
2. Sejukan sebelum dipotong..
3. Lumurkan kuih tadi dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam tadi...
kemudian....makan
kan senang kuih ni...siapa cakap kuih tradisional susah???
Kuih Kegemaran Di Bulan Puasa
Bahan-Bahan Gerodak Telur.
6 Biji Telur
Gula Melaka
Pandan
1 Cawan Air.
1 Cawan Santan Pekat
Cara-Cara Menyediakanya.
1. Cairkan Gula Melaka bersama 1 cawan air dan daun pandan. kemudian biarkan sejuk pada suhu bilik.
2. kemudian satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati. Tetapi peringatan jangan gunakan pemukul telur bagi mengelakkan telur kembang, cuma pukul ala-ala slow rock gitu....
3. masukkan kedalam loyang dan kukus la selama 30 minit.
sedia untuk dihidangkan........
(Tips untuk lebih sedap anda bolehlah sejukkan dalam peti sejuk)
selamat mencuba....
Subscribe to:
Posts (Atom)